Bengkel Membaiki Laptop
10 Mei 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 9 Mei 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau telah mengadakan bengkel kemahiran berkaitan cara-cara membaiki laptop. Latihan ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau dan disertai oleh 2 orang peserta. Latihan berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta berkenaan cara membaiki laptop dari segi hardware. Bengkel ini dilihat mampu menambahkan kemahiran peserta serta membuka ruang kepada peserta untuk mempelopori bidang keusahawanan dengan kemahiran yang dipelajari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: